«

»

Aug 01

Pragmatik dan tatabahasa

Saya agak lama berkecimpung dalam menelusuri ilmu ketatabahasaan. Tatabahasa yang menarik untuk dikaji, pada pendapat saya tentulah tatabahasa bahasa Melayu. Walaupun bidang saya sebenarnya adalah perkaedahan mengajar ( teaching methodology ), tetapi hambatan yang tidak boleh tertahan-tahan adalah meminati bidang tatabahasa. Permulaan dulu saya memahami apa yang dimaksudkan aturan berbahasa secara tradisi sebagaimana dibincang oleh orang sejak zaman Socrates lagi. Kemudian saya teruja untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan huraian struktural. Hampir separuh dari masa saya menekuni bidang tatabahasa ini untuk memahami huraian ini. Asmah Hj Umar telah memberi gambaran yang begitu menyeronokkan dalam menghuraikan tatabahasa bahasa Melayu secara ilmiah menuruti disiplin ilmu linguistik.
Kemudian semasa saya meneruskan pengkajian di peringkat sarjana pendidikan, saya mendalami tentang huraian tentang ujaran. Saya mendalami pendapat Halliday dan cuba memahami bahasa sebagai bentuk-bentuk ujaran secara komunikatif. Saya cuba dalami tentang keadah komunikati dalam pengajaran bahasa. Saya kaji tatabahasa sistemik hinggalah saya berjaya menamatkan sarjana pendidikan pada tahun 1999. Tetapi saya masih tidak berpuas hati huraian Halliday, dan kembali semula membaca ilmu linguistik secara lebih serius.
Kemudian saya seronok dengan huraian nahu transformasi oleh Noam Chomsky. Minat itu timbul apabila membaca buku Tatabahasa Syntak oleh Nik Safiah. Walaupun pada peringkat awal saya bercadang untuk meneruskan pengkajian saya pada peringkat PhD dalam bidang perkaedahan pengajaran dan menumpukan dalam bidang kuantitatif. Saya cuba menerang fenomena bahasa melalui analisis kuantitatif. Walau bagaimanapun akhirnya saya berpendapat huraian bahasa tidak mampu diterang melalui analisis kuantitatif. Saya harus meneruskan untuk mendalami ilmu linguistik secara teoritikal dan inilah yang menyebabkan saya meneruskan kajian saya berdasarkan analisis kualitatif. Saya sebenarnya telah mendalami dua disiplin dalam bidang kajian bahasa, iaitu melalui analisis kualitatif dan juga kuantitatif. Sejak kebelakangan ini setelah saya meminati ilmu semantik, saya beranggapan bahasa Melayu itu banyak ciri-ciri kehebatannya melangkaui aspek makna atau semantik. Pemikiran melayu itu sebenarnya terjelma daripada aspek kesenian mereka dalam berbahasa. Orang Melayu menganggap bahasa itu bukannya setakat cara untuk berkomunikasi tetapi cara mereka berbahasa yang mengambarkan ketinggian minda mereka. Walaupun ada kalangan ahli linguistik tidak mengiktiraf bidang pragmatik itu ke dalam wacana linguistik tetapi sebahagian besar ahli linguistik beranggapan bahawa pragmatik tidak boleh dipisahkan daripada tatabahasa. Pragmatik dianggap sebagai ilmu yang berada di bawah sempadan semantik. Anggapan ini dipersetujui oleh mereka dengan menambah pandangan mereka dengan menyatakan bahawa di bawah sempadan pragmatik dimasukkan sekali ilmu sosiolinguistik dan psikolinguistik. Sebenarnya hubungan tatabahasa dengan pragmatik adalah hubungan yang saling melengkapi. Namun begitu, kedua-dua ilmu ini mempunyai garis pemisah dan tidak boleh dicampuradukkan. Pragmatik ialah kajian tentang bagaimana ujaran itu mendapat makna dalam satu-satu situasi
Kesimpulannya setiap disiplin keilmuan mempunyai kehebatannya tersendiri. Pendekatan secara teoritikal dapat mendasari ilmu itu secara mendalam. Kelangsungan ilmu itu dihurai secara menghurai fenomena itu secara hubungkaitnya dengan konteks sebenarnya. Kita melalui disiplin ini juga dapat mengelakkan pendapat secara berandaian ataupun agak-agakkan sahaja.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>